Bantuan Kewangan Kecil Di Hari Hujan
Pinjaman Pertama Sehingga RM 2000
Tanpa Sebarang Dokumen.
Pinjaman Wang Paling Mudah dan Laju di Klang Valley
Kelayakan Kepada Gaji Bersih RM 1500 Keatas
& Tiada Rekod CCRIS/CTOS.

Ayuh Merdeka Dari Hutang!

Duit, duit, duit! Memang banyak nak pakai duit sekarang ni. Kadang-kala sampai terpaksa berhutang. Sesetengah hutang, macam pinjam RM50 dari kawan atau RM500 dari Doctor Ringgit, mungkin senang untuk dibayar balik. Tapi macam mana pula dengan hutang yang besar dan tak habis-habis macam hutang kad kredit dengan bank, pinjaman peribadi atau pun pinjaman perumahan dan kereta? Ketahui cara-cara yang boleh diambil untuk mengurangkan bebanan hutang anda.

1. Pastikan Apa Masalah Sebenar Anda Sering Berhutang
Ada banyak sebab kenapa kita berhutang. Ada hutang yang menguntungkan, namun kebanyakannya memang merugikan. Antara sebab-sebab berikut, anda masuk kategori mana agaknya?


Pastikan apa masalah sebenar anda sering berhutang

Sebab-Sebab Berhutang
  • Berbelanja lebih daripada kemampuan – meningkatkan hutang kad kredit
  • Ditimpa sakit atau kemalangan – meningkatkan perbelanjaan untuk ubat-ubatan serta yuran hospital
  • Jamuan besar-besaran – ramai bakal pengantin mengambil pinjaman peribadi serta memohon kad kredit demi merealisasikan impian untuk jamuan persandingan yang grand
  • Menimang cahaya mata pertama – kadang-kala ibu bapa muda tidak sangka perbelanjaan untuk bayi baru lahir agak besar, jadi meningkatkan komitmen bulanan
  • Terlalu sayangkan harta benda – bila tidak sanggup berpisah dengan sesuatu barang yang berharga, seperti kereta mewah atau rumah besar, walaupun sebenarnya sudah tidak mampu untuk memilikinya
  • Sudah bersara – pendapatan bulanan berkurangan bagi mereka yang ada skim pencen, dan mungkin tiada langsung bagi kebanyakan pekerja swasta
  • Memulakan perniagaan – mengambil pinjaman yang besar untuk memulakan perniagaan namun kemudian menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik setiap bulan
  • Melayan “ketagihan” – sesetengah orang “ketagih” untuk mengembangkan koleksi barangan peribadi, contohnya beg tangan, kasut, jam mahal, dan sebagainya, walaupun sebenarnya tidak mampu


2. Ambil Langkah-Langkah Yang Sepatutnya Untuk Mengawal Perbelanjaan
Cara paling mudah untuk meningkatkan simpanan anda agar boleh digunakan sebahagian darinya untuk membayar balik hutang adalah dengan ‘Mengawal Perbelanjaan’. Ubah fikiran serta amalam perbelanjaan anda agar tidak berbelanja lebih daripada kemampuan.

Kawal perbelanjaan anda, hapuskan hutang dengan strategi yang baik

Berikut beberapa langkah yang boleh anda ambil:-
  • Rancang bajet anda dengan menyenaraikan barang-barang keperluan atau perbelanjaan wajib yang tidak dapat dielak, contohnya barang dapur atau isi minyak kereta. Di mana-mana yang boleh, cuba kurangkan kos yang perlu dibayar. Contohnya, jika anda perlu lalu jalan bertol setiap hari, ubah jadual agar anda boleh keluar rumah dengan lebih awal dan tidak perlu membayar tol.
  • Elakkan daripada menggunakan kad kredit dan buat bayaran lebih daripada bayaran minima setiap bulan sehingga baki anda dilupuskan sama sekali
  • Jika anda membuat bayaran bulanan untuk kereta besar atau rumah besar, anda mungkin terpaksa bertukar kepada kereta atau rumah yang lebih murah bayaran bulanannya.

3. Kawal Emosi Anda
Untuk mengawal perbelanjaan anda, anda mungkin perlu mengawal emosi anda. Ini kerana biasanya perbelanjaan kita dikawal oleh emosi, terutamanya perbelanjaan yang melambangkan status kita, seperti bertukar pakaian baru dan cantik atau segak setiap minggu, atau memiliki gajet terbaru.

Kawal emosi anda sebaiknya

Kita mungkin juga berbelanja lebih kepada makanan kerana lapar, namun biasanya ia lebih mengikut nafsu. Mungkin ini waktu terbaik untuk mula mengira kalori dan makan hanya ikut keperluan diet masing-masing berdasarkan jantina, umur serta pekerjaan seharian.

4. Hapuskan Hutang-Hutang Yang Tidak Berfaedah
Maksud kami di sini, hapuskan hutang-hutang yang tidak memberi apa-apa aset kepada anda. Tidak dinafikan yang kita memang perlu berhutang untuk beberapa keperluan seperti rumah dan kereta, namun kita seharusnya berusaha untuk menghapuskan hutang-hutang lain seperti hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Begitu juga dengan pinjaman pendidikan – berusahalah untuk melangsaikannya sebaik sahaja anda telah tamat pendidikan di institut pengajian tinggi dan telah mula bekerja.



Selain itu, pastikan juga bahawa anda membuat bayaran balik setiap bulan tepat pada masanya dan, jika boleh, lebihkan sedikit jumlahnya daripada jumlah minima yang tertera – ini dapat membantu anda mengurangkan kadar faedah serta mengelakkan caj bayaran lambat.

Bagaimanapun, kami faham bahawa kadang-kala, walau macam mana pun anda cuba berjimat, pasti ada perbelanjaan tergempar yang terpaksa dibayar, seperti kereta rosak atau terpaksa beli mesin basuh baru selepas mesin yang telah dipakai selama 10 tahun akhirnya sampai ke penghujung hayatnya. Jika anda terpaksa berhutang, dapatkan pinjaman peribadi mikro seperti yang disediakan oleh Doctor Ringgit yang boleh anda langsaikan dalam masa sebulan dua dan kemudiannya tidak perlu risau tentang hutang lagi.



Produk Baru: Pinjaman Hingga RM7500 Dengan Doctor Ringgit

`
Kini anda boleh meminjam sehingga RM7500 daripada Doctor Ringgit, sebuah syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang didaftarkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan memiliki permit untuk memberi pinjaman wang peribadi secara sah dan tertakluk di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).

Setelah menerima maklum balas daripada pelanggan kami, didapati bahawa ada permintaan untuk membuat pinjaman wang dalam jumlah yang lebih besar berbanding had pinjaman kami selama ini.

Oleh itu, kami kini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM7500 bagi peminjam yang layak.

Lebih menarik lagi, bayaran balik pula boleh dibuat secara ansuran selama 6 bulan.

Apa Yang Perlu Anda Sediakan

Bagi memohon pinjaman ini, anda hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:-



  1. Penyata Gaji
  2. Penyata Bank Terkini

Cara Membuat Permohonan

Bagi memudahkan proses permohonan, cara membuat permohonan begitu mudah sekali. Lakukan sahaja seperti berikut:-



  1. Masukkan jumlah pinjaman yang ingin dibuat serta tempoh bayaran balik di www.doctorringgit.my
  2. Muat naik gambar Penyata Gaji dan Penyata Bank Terkini anda seperti di atas, sama ada daripada kamera atau galeri telefon pintar anda, atau daripada komputer anda
  3. Anda akan dihubungi oleh wakil Doctor Ringgit dalam masa satu hari bekerja

Sudah faham prosedur pinjaman ansuran kami dan ingin membuat permohonan?

Senarai Semak Servis Kereta


Sebelum anda bertolak ke sesuatu destinasi, semak dahulu senarai ini dan pastikan kereta anda selamat dipandu untuk perjalanan jarak jauh, terutamanya bila balik kampung. Tentu tidak seronok buat pasangan dan anak-anak jika kereta mati di tengah jalan raya yang sunyi. Gunakan senarai ini untuk semak keadaan kereta anda pada bahagian-bahagian berikut:-

1. Keadaan Tayar dan Tayar Ganti

Bagaimana keadaan tayar kereta anda? Sudah berapa lama anda gunakan tayar tersebut? Pastikan bunganya masih elok dan belum haus. Biasanya, sebiji tayar hanya bertahan selama 2 tahun di mana selepas itu ia dipanggil tayar mati kerana getahnya telah keras dan kurang mencengkam. Jadi ia wajar ditukar walaupun bunganya nampak masih banyak. Jika tidak, adalah lebih baik anda pandu kereta dengan perlahan untuk mengurangkan risiko kemalangan.




Kemudian, anda juga patut buat alignment dan rotasi tayar. Alignment tayar penting untuk memastikan kenderaan tidak tersasar semasa memandu. Alignment yang tidak betul juga mampu menjejaskan penggunaan petrol.

Jangan lupa tayar spare!

2. Minyak Enjin


Image credit: Eastkentautomotive.co.uk

Pastikan minyak enjin anda di paras yang selamat, tidak terlalu rendah dan tidak terlebih isi.

3. Lampu Kereta


Image credit: Motortrend

Semak setiap satu lampu-lampu di kereta:-
- Lampu headlight utama
- Lampu penunjuk kiri/kanan
- Lampu brek
- Lampu kabus
- Lampu tinggi

Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.

4. Segala cecair yang diperlukan:


Image credit: Youtube.com

Pastikan setiap bahagian kereta berikut diisi secukupnya dengan cecair yang sesesuainya:-
- Radiator
- Cecair brek
- Pencuci cermin
- Cecair stereng (jika ada power steering)


5. Tali Kipas

Jika anda dengar bunyi nyaring yang kuat semasa memandu, ini mungkin bermakna yang tali kipas anda longgar dan boleh tertanggal. Periksa tali kipas anda dan pastikan ia tidak lekang atau merekah di mana-mana. Jika ada, segera tukarkannya. 


Image credit: Youtube.com


Memang tidak seronok bila kereta rosak sedang kita dalam perjalanan ke kampung, atau balik rumah, atau pergi bercuti ke mana-mana sahaja. 


Bertambah tidak seronok jika tiada duit lebih untuk baiki kereta, sedangkan ia sesuatu yang amat penting. Jika anda kekurangan wang untuk membaiki kereta, dapatkan pinjaman jangka pendek segera demi memastikan perjalanan anda sempurna dan keselamatan sekeluarga lebih terjamin.


Dapatkan Bantuan Sekarang :)

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bantuan Doctor Ringgit



Masih tertanya-tanya siapakah Doctor Ringgit ini sebenarnya dan bagaimana kami beroperasi? Biar kami rungkaikan sedikit sebarang permasalahan yang mungkin anda ada.

Fakta Tentang Doctor Ringgit

1.     Doctor Ringgit menyediakan bantuan pinjaman kewangan kepada individu yang tidak berjaya meminjam daripada pihak bank.

Image credit: Poorcreditfinance

-       Permohonan untuk meminjam daripada bank mungkin tidak berjaya disebabkan pemohon adalah pemohon yang berisiko tinggi, terutamanya jika pemohon punyai sejarah kredit yang buruk, tidak mempunyai pendapatan tetap, mempunyai komitmen kewangan lain yang terlalu tinggi atau punyai status muflis atau bankrap.
-       Malahan, jika penyata bank pemohon menunjukkan aktiviti yang meragukan, contohnya, anda punyai pendapatan tetap namun baki di bank mulai kosong pada setiap pertengahan bulan. Ini menunjukkan kurangnya kecekapan dalam menguruskan wang dan boleh dianggap sebagai pemohon berisiko.
-       Doctor Ringgit membantu meringankan beban kewangan anda dengan memudahkan kelulusan dengan syarat yang tidak terlalu tegas. Namun, risiko yang lebih tinggi akan ditanggung oleh Doctor Ringgit. Walaupun kadar faedah merupakan 1.5% sebulan, caj-caj lain yang dikenakan agak munasabah bagi mengurangkan risiko untuk pengguna dan juga Doctor Ringgit.

2.     Pelanggan Doctor Ringgit yang membuat bayaran balik tepat pada masanya kemudiannya layak untuk meminjam jumlah yang lebih banyak untuk pinjaman yang berikutnya.



      Kami mahu membantu peminjam berisiko tinggi namun kami terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga. Oleh itu, Doctor Ringgit menetapkan jumlah pinjaman yang rendah dahulu bagi pelanggan yang memohon buat pertama kali. Jika terbukti bahawa pelanggan tersebut boleh membayar pinjaman dalam jangka waktu yang ditetapkan, bolehlah kami berikan lagi pinjaman yang lebih tinggi kepadanya dengan lebih senang hati :)

3.     Kami mahu terus berjaya dalam bisnes, jadi keberlangsungan perniagaan merupakan salah satu sebab mengapa kami terpaksa meletakkan caj-caj lain yang sedikit tinggi berbanding kadar bank.

Image credit: biasdanismanlik.com

-       Kami amat berterima kasih kepada para pelanggan yang membayar balik pinjaman dengan tepat dalam jumlah yang telah ditetapkan.
-       Seperti kami jelaskan tadi, caj-caj lain yang dikenakan merendahkan risiko yang perlu ditanggung oleh syarikat kami. Caj-caj lain ini juga membolehkan Doctor Ringgit terus beroperasi supaya dapat berkhidmat untuk menolong pengguna yang memerlukan wang dengan pantas bagi menyelesaikan masalah kewangan jangka pendek mereka.
-       Kadar faedah yang ditetapkan, iaitu 1.5% sebulan juga adalah sangat rendah bersamaan dengan kadar faedah kad kredit yang dikenakan oleh bank-bank di Malaysia.

4.     Tentu sahaja sebagai sebuah perniagaan, kami akui perlu ada sedikit keuntungan bagi pihak kami. Namun, kami memilih untuk membuatkan proses pinjaman sesenang mungkin bagi para peminjam meskipun bagi mereka yang berisiko tinggi.

Image credit: mhafoundation.com

-       Permohonan pinjaman online mengambil masa hanya 2 minit.
-       Permohonan boleh diluluskan secepat satu jam waktu bekerja.
-       Hanya perlu tunjukkan IC, (slip gaji dan penyata bank/KWSP - untuk pinjaman ansuran sahaja) kepada rider kami semasa sain dokumen pinjaman.
-       Jumlah kadar faedah juga tidak terlalu tinggi malah lebih kurang sama dengan kad kredit.
-       Bandingkan dengan proses memohon pinjaman bank di mana prosesnya terlalu lama dan memerlukan pelbagai dokumen.

Ada juga segolongan pengguna yang menganggap bahawa Pemberi Pinjam Wang Berlesen sama sahaja dengan ''Ah Long', namun anggapan mereka adalah tidak benar kerana bukan semua Pemberi Pinjam Wang beroperasi secara sama dalam mengendalikan bisnes syarikat masing-masing.

Dengan ini, ingin kami jelaskan bahawa Doctor Ringgit adalah sebuah syarikat Pemberi Pinjam Wang Berlesen yang berhemah dan juga kami adalah lain daripada yang lain. Diharap pengguna-pengguna sekalian menggunakan perkhidmatan Doctor Ringgit dengan senang hati dan pengalaman membuat pinjaman yang mudah ini merupakan sesuatu proses yang menyenangkan dan amat membantu.

Kini anda faham proses memberi pinjaman Doctor Ringgit, anda tahu ke mana perlu anda tuju untuk dapatkan bantuan kewangan dengan segera.