Sebelum
anda bertolak ke sesuatu destinasi, semak dahulu senarai ini dan pastikan kereta
anda selamat dipandu untuk perjalanan jarak jauh, terutamanya bila balik kampung. Tentu tidak seronok buat pasangan dan anak-anak jika kereta mati di tengah jalan raya yang sunyi. Gunakan senarai ini untuk semak keadaan kereta anda pada bahagian-bahagian berikut:-
1. Keadaan Tayar dan Tayar Ganti
Bagaimana keadaan tayar kereta anda? Sudah berapa lama anda gunakan tayar tersebut? Pastikan bunganya masih elok dan belum haus. Biasanya, sebiji tayar hanya bertahan selama 2 tahun di mana selepas itu ia dipanggil tayar mati kerana getahnya telah keras dan kurang mencengkam. Jadi ia wajar ditukar walaupun bunganya nampak masih banyak. Jika tidak, adalah lebih baik anda pandu kereta dengan perlahan untuk mengurangkan risiko kemalangan.
Image credit: https://www.jiffylube.com/auto-services/car-alignment
Kemudian, anda juga patut buat
alignment dan rotasi tayar. Alignment tayar penting untuk memastikan kenderaan
tidak tersasar semasa memandu. Alignment yang tidak betul juga mampu
menjejaskan penggunaan petrol.
Jangan lupa tayar spare!
Jangan lupa tayar spare!
2. Minyak Enjin
Image credit: Eastkentautomotive.co.uk
Pastikan minyak enjin anda di paras yang selamat, tidak terlalu rendah dan tidak terlebih isi.
3. Lampu Kereta
Image credit: Motortrend
Semak setiap satu lampu-lampu di kereta:-
- Lampu headlight utama
- Lampu penunjuk kiri/kanan
- Lampu brek
- Lampu kabus
- Lampu tinggi
Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.
4. Segala cecair yang diperlukan:
Image credit: Youtube.com
Pastikan setiap bahagian kereta berikut diisi secukupnya dengan cecair yang sesesuainya:-
- Radiator
- Cecair brek
- Pencuci cermin
- Cecair stereng (jika ada power steering)
5. Tali Kipas
Jika anda dengar bunyi nyaring yang kuat semasa memandu, ini mungkin bermakna yang tali kipas anda longgar dan boleh tertanggal. Periksa tali kipas anda dan pastikan ia tidak lekang atau merekah di mana-mana. Jika ada, segera tukarkannya.
Image credit: Youtube.com
Memang tidak seronok bila kereta rosak sedang kita dalam perjalanan ke kampung, atau balik rumah, atau pergi bercuti ke mana-mana sahaja.
Bertambah tidak seronok jika tiada duit lebih untuk baiki kereta, sedangkan ia sesuatu yang amat penting. Jika anda kekurangan wang untuk membaiki kereta, dapatkan pinjaman jangka pendek segera demi memastikan perjalanan anda sempurna dan keselamatan sekeluarga lebih terjamin.