Bantuan Kewangan Kecil Di Hari Hujan
Pinjaman Pertama Sehingga RM 2000
Tanpa Sebarang Dokumen.
Pinjaman Wang Paling Mudah dan Laju di Klang Valley
Kelayakan Kepada Gaji Bersih RM 1500 Keatas
& Tiada Rekod CCRIS/CTOS.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bantuan Doctor Ringgit



Masih tertanya-tanya siapakah Doctor Ringgit ini sebenarnya dan bagaimana kami beroperasi? Biar kami rungkaikan sedikit sebarang permasalahan yang mungkin anda ada.

Fakta Tentang Doctor Ringgit

1.     Doctor Ringgit menyediakan bantuan pinjaman kewangan kepada individu yang tidak berjaya meminjam daripada pihak bank.

Image credit: Poorcreditfinance

-       Permohonan untuk meminjam daripada bank mungkin tidak berjaya disebabkan pemohon adalah pemohon yang berisiko tinggi, terutamanya jika pemohon punyai sejarah kredit yang buruk, tidak mempunyai pendapatan tetap, mempunyai komitmen kewangan lain yang terlalu tinggi atau punyai status muflis atau bankrap.
-       Malahan, jika penyata bank pemohon menunjukkan aktiviti yang meragukan, contohnya, anda punyai pendapatan tetap namun baki di bank mulai kosong pada setiap pertengahan bulan. Ini menunjukkan kurangnya kecekapan dalam menguruskan wang dan boleh dianggap sebagai pemohon berisiko.
-       Doctor Ringgit membantu meringankan beban kewangan anda dengan memudahkan kelulusan dengan syarat yang tidak terlalu tegas. Namun, risiko yang lebih tinggi akan ditanggung oleh Doctor Ringgit. Walaupun kadar faedah merupakan 1.5% sebulan, caj-caj lain yang dikenakan agak munasabah bagi mengurangkan risiko untuk pengguna dan juga Doctor Ringgit.

2.     Pelanggan Doctor Ringgit yang membuat bayaran balik tepat pada masanya kemudiannya layak untuk meminjam jumlah yang lebih banyak untuk pinjaman yang berikutnya.



      Kami mahu membantu peminjam berisiko tinggi namun kami terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga. Oleh itu, Doctor Ringgit menetapkan jumlah pinjaman yang rendah dahulu bagi pelanggan yang memohon buat pertama kali. Jika terbukti bahawa pelanggan tersebut boleh membayar pinjaman dalam jangka waktu yang ditetapkan, bolehlah kami berikan lagi pinjaman yang lebih tinggi kepadanya dengan lebih senang hati :)

3.     Kami mahu terus berjaya dalam bisnes, jadi keberlangsungan perniagaan merupakan salah satu sebab mengapa kami terpaksa meletakkan caj-caj lain yang sedikit tinggi berbanding kadar bank.

Image credit: biasdanismanlik.com

-       Kami amat berterima kasih kepada para pelanggan yang membayar balik pinjaman dengan tepat dalam jumlah yang telah ditetapkan.
-       Seperti kami jelaskan tadi, caj-caj lain yang dikenakan merendahkan risiko yang perlu ditanggung oleh syarikat kami. Caj-caj lain ini juga membolehkan Doctor Ringgit terus beroperasi supaya dapat berkhidmat untuk menolong pengguna yang memerlukan wang dengan pantas bagi menyelesaikan masalah kewangan jangka pendek mereka.
-       Kadar faedah yang ditetapkan, iaitu 1.5% sebulan juga adalah sangat rendah bersamaan dengan kadar faedah kad kredit yang dikenakan oleh bank-bank di Malaysia.

4.     Tentu sahaja sebagai sebuah perniagaan, kami akui perlu ada sedikit keuntungan bagi pihak kami. Namun, kami memilih untuk membuatkan proses pinjaman sesenang mungkin bagi para peminjam meskipun bagi mereka yang berisiko tinggi.

Image credit: mhafoundation.com

-       Permohonan pinjaman online mengambil masa hanya 2 minit.
-       Permohonan boleh diluluskan secepat satu jam waktu bekerja.
-       Hanya perlu tunjukkan IC, (slip gaji dan penyata bank/KWSP - untuk pinjaman ansuran sahaja) kepada rider kami semasa sain dokumen pinjaman.
-       Jumlah kadar faedah juga tidak terlalu tinggi malah lebih kurang sama dengan kad kredit.
-       Bandingkan dengan proses memohon pinjaman bank di mana prosesnya terlalu lama dan memerlukan pelbagai dokumen.

Ada juga segolongan pengguna yang menganggap bahawa Pemberi Pinjam Wang Berlesen sama sahaja dengan ''Ah Long', namun anggapan mereka adalah tidak benar kerana bukan semua Pemberi Pinjam Wang beroperasi secara sama dalam mengendalikan bisnes syarikat masing-masing.

Dengan ini, ingin kami jelaskan bahawa Doctor Ringgit adalah sebuah syarikat Pemberi Pinjam Wang Berlesen yang berhemah dan juga kami adalah lain daripada yang lain. Diharap pengguna-pengguna sekalian menggunakan perkhidmatan Doctor Ringgit dengan senang hati dan pengalaman membuat pinjaman yang mudah ini merupakan sesuatu proses yang menyenangkan dan amat membantu.

Kini anda faham proses memberi pinjaman Doctor Ringgit, anda tahu ke mana perlu anda tuju untuk dapatkan bantuan kewangan dengan segera.