Bantuan Kewangan Kecil Di Hari Hujan
Pinjaman Pertama Sehingga RM 2000
Tanpa Sebarang Dokumen.
Pinjaman Wang Paling Mudah dan Laju di Klang Valley
Kelayakan Kepada Gaji Bersih RM 1500 Keatas
& Tiada Rekod CCRIS/CTOS.

Ayuh Merdeka Dari Hutang!

Duit, duit, duit! Memang banyak nak pakai duit sekarang ni. Kadang-kala sampai terpaksa berhutang. Sesetengah hutang, macam pinjam RM50 dari kawan atau RM500 dari Doctor Ringgit, mungkin senang untuk dibayar balik. Tapi macam mana pula dengan hutang yang besar dan tak habis-habis macam hutang kad kredit dengan bank, pinjaman peribadi atau pun pinjaman perumahan dan kereta? Ketahui cara-cara yang boleh diambil untuk mengurangkan bebanan hutang anda.

1. Pastikan Apa Masalah Sebenar Anda Sering Berhutang
Ada banyak sebab kenapa kita berhutang. Ada hutang yang menguntungkan, namun kebanyakannya memang merugikan. Antara sebab-sebab berikut, anda masuk kategori mana agaknya?


Pastikan apa masalah sebenar anda sering berhutang

Sebab-Sebab Berhutang
  • Berbelanja lebih daripada kemampuan – meningkatkan hutang kad kredit
  • Ditimpa sakit atau kemalangan – meningkatkan perbelanjaan untuk ubat-ubatan serta yuran hospital
  • Jamuan besar-besaran – ramai bakal pengantin mengambil pinjaman peribadi serta memohon kad kredit demi merealisasikan impian untuk jamuan persandingan yang grand
  • Menimang cahaya mata pertama – kadang-kala ibu bapa muda tidak sangka perbelanjaan untuk bayi baru lahir agak besar, jadi meningkatkan komitmen bulanan
  • Terlalu sayangkan harta benda – bila tidak sanggup berpisah dengan sesuatu barang yang berharga, seperti kereta mewah atau rumah besar, walaupun sebenarnya sudah tidak mampu untuk memilikinya
  • Sudah bersara – pendapatan bulanan berkurangan bagi mereka yang ada skim pencen, dan mungkin tiada langsung bagi kebanyakan pekerja swasta
  • Memulakan perniagaan – mengambil pinjaman yang besar untuk memulakan perniagaan namun kemudian menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik setiap bulan
  • Melayan “ketagihan” – sesetengah orang “ketagih” untuk mengembangkan koleksi barangan peribadi, contohnya beg tangan, kasut, jam mahal, dan sebagainya, walaupun sebenarnya tidak mampu


2. Ambil Langkah-Langkah Yang Sepatutnya Untuk Mengawal Perbelanjaan
Cara paling mudah untuk meningkatkan simpanan anda agar boleh digunakan sebahagian darinya untuk membayar balik hutang adalah dengan ‘Mengawal Perbelanjaan’. Ubah fikiran serta amalam perbelanjaan anda agar tidak berbelanja lebih daripada kemampuan.

Kawal perbelanjaan anda, hapuskan hutang dengan strategi yang baik

Berikut beberapa langkah yang boleh anda ambil:-
  • Rancang bajet anda dengan menyenaraikan barang-barang keperluan atau perbelanjaan wajib yang tidak dapat dielak, contohnya barang dapur atau isi minyak kereta. Di mana-mana yang boleh, cuba kurangkan kos yang perlu dibayar. Contohnya, jika anda perlu lalu jalan bertol setiap hari, ubah jadual agar anda boleh keluar rumah dengan lebih awal dan tidak perlu membayar tol.
  • Elakkan daripada menggunakan kad kredit dan buat bayaran lebih daripada bayaran minima setiap bulan sehingga baki anda dilupuskan sama sekali
  • Jika anda membuat bayaran bulanan untuk kereta besar atau rumah besar, anda mungkin terpaksa bertukar kepada kereta atau rumah yang lebih murah bayaran bulanannya.

3. Kawal Emosi Anda
Untuk mengawal perbelanjaan anda, anda mungkin perlu mengawal emosi anda. Ini kerana biasanya perbelanjaan kita dikawal oleh emosi, terutamanya perbelanjaan yang melambangkan status kita, seperti bertukar pakaian baru dan cantik atau segak setiap minggu, atau memiliki gajet terbaru.

Kawal emosi anda sebaiknya

Kita mungkin juga berbelanja lebih kepada makanan kerana lapar, namun biasanya ia lebih mengikut nafsu. Mungkin ini waktu terbaik untuk mula mengira kalori dan makan hanya ikut keperluan diet masing-masing berdasarkan jantina, umur serta pekerjaan seharian.

4. Hapuskan Hutang-Hutang Yang Tidak Berfaedah
Maksud kami di sini, hapuskan hutang-hutang yang tidak memberi apa-apa aset kepada anda. Tidak dinafikan yang kita memang perlu berhutang untuk beberapa keperluan seperti rumah dan kereta, namun kita seharusnya berusaha untuk menghapuskan hutang-hutang lain seperti hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Begitu juga dengan pinjaman pendidikan – berusahalah untuk melangsaikannya sebaik sahaja anda telah tamat pendidikan di institut pengajian tinggi dan telah mula bekerja.



Selain itu, pastikan juga bahawa anda membuat bayaran balik setiap bulan tepat pada masanya dan, jika boleh, lebihkan sedikit jumlahnya daripada jumlah minima yang tertera – ini dapat membantu anda mengurangkan kadar faedah serta mengelakkan caj bayaran lambat.

Bagaimanapun, kami faham bahawa kadang-kala, walau macam mana pun anda cuba berjimat, pasti ada perbelanjaan tergempar yang terpaksa dibayar, seperti kereta rosak atau terpaksa beli mesin basuh baru selepas mesin yang telah dipakai selama 10 tahun akhirnya sampai ke penghujung hayatnya. Jika anda terpaksa berhutang, dapatkan pinjaman peribadi mikro seperti yang disediakan oleh Doctor Ringgit yang boleh anda langsaikan dalam masa sebulan dua dan kemudiannya tidak perlu risau tentang hutang lagi.