Agar sambutan
Hari Raya meriah dan tidak hambar, pastikan anda sudah menyediakan yang berikut
sebelum tibanya 1 Syawal. Di sini kami berikan tip-tip untuk berjimat di kala
menyediakan segala keperluan.
Yang ini
biasanya memang menjadi keutamaan sesiapa sahaja. Namun, baju raya tidak
semestinya bermaksud baju baru. Mengikut sunah Nabi Muhammad SAW, kita
seeloknya memakai pakaian kita yang terbaik di hari raya. Jadi, jika tiada
bajet, tidak salah kita “recycle” baju tahun-tahun lepas asalkan ianya masih
elok, tidak koyak berlubang atau compang-camping.
Jika
membeli baju baru pula, tidak semestinya perlu beli yang mahal-mahal. Cukuplah
sekadar mengikut kemampuan masing-masing dan kita berpuasa hati dengan kualiti
baju yang dibeli.
Tip: Anda
boleh hias baju lama anda dengan dekorasi agar kelihatan baru, contohnya dengan
hiasan manik untuk baju kurung atau tudung.
Sama ada
kita hidangkan kuih buatan sendiri atau kuih “tunjuk-tunjuk”, kuih raya agak
penting kerana sudah tentu kita perlu ada sesuatu untuk dihidangkan kepada
tetamu semasa beraya. Namun kadang-kadang terkejut juga dengan harga kuih-kuih
yang dijual sekarang ini. Jika terikat dengan bajet, anda tidak semestinya
membeli kuih atau biskut mengikut trend yang ada sekarang ini. Apa kata
gantikan kuih raya dengan maruku daripada penjaja maruku atau kacang putih?
Sedap juga, bukan?
Jika
tetap mahukan biskut pula, tidak salah membeli biskut daripada kedai runcit dan
alihkan ia ke dalam balang kuih agar nampak lebih meriah. Kadang-kala, biskut berkrim
coklat berharga RM3-RM5 sepeket itu mungkin lebih sedap daripada biskut cantik
berharga RM20 sebalang.
Mungkin
langsir sudah terlalu lusuh sementara perabot pula ada yang koyak-koyak atau
punyai kesan kotor yang tidak dapat dihilangkan. Tentu sekali tidak selesa bila
tetamu datang, bukan?
Jika
langsir sudah lusuh, tukarkan langsir di ruang tamu dengan langsir dalam bilik
tidur. Biasanya langsir di bilik tidur kurang haus kerana tidak diusik sebanyak
langsir ruang depan. Tapi jika keadaannya sama, beli langsir baru untuk ruang
depan sahaja sudah memadai, kerana biasanya tetamu tidak masuk ke bilik tidur
kita.
Bagi
perabot pula, anda boleh tutup atau samarkan sebarang cela dengan penggunaan
kain alas yang cantik atau kusyen yang diletakkan di tempat-tempat yang
strategik. Namun, jika keadaan perabot itu sudah terlalu teruk, lebih baik
dibuang sahaja. Buat sementara waktu, susun atur semula perabot yang ada dan
gantikan kerusi yang dibuang dengan kusyen besar yang empuk dan selesa namun
lebih murah berbanding membeli kerusi baru. Ruang-ruang kosong pula boleh
diletakkan tumbuhan atau pasu bunga agar rumah anda kelihatan lebih segar. Apa
yang lebih penting adalah rumah anda BERSIH, jadi jangan abaikan untuk menyapu
dan mengemop rumah serta membersihkan sawang.
Pemberian
duit raya merupakan salah satu daripada ikutan Sunnah Nabi Muhamad SAW di mana
kita harus memberi kegembiraan kepada kanak-kanak pada hari lebaran.
Kebelakangan ini, ada yang cuba membawa pembaharuan dengan memberikan “buku
raya” atau “gula-gula raya” namun ia mungkin lebih mahal atau tidak dihargai
oleh si penerima. Di Malaysia, kanak-kanak sudah biasa mengharapkan duit raya,
jadi beri sahaja mereka duit raya. Namun anda tidak perlu memberi amaun yang
banyak, jika tidak begitu mampu, RM1 seorang sudah memadai. Ia lebih baik
daripada langsung tiada, dan sekurang-kurangnya ia boleh menyumbang kepada
tabungan mereka.
Walau
bagaimanapun, walaupun kita cuba berjimat, kadang-kala kita tidak terlepas
daripada perbelanjaan ekstra semasa musim perayaan. Bukannya mahu membazir atau
berbelanja melebihi keupayaan, namun ada beberapa perbelanjaan yang terpaksa
dikeluarkan demi keselesaan keluarga sendiri serta tetamu yang berkunjung
semasa hari raya nanti.
Jika anda
memerlukan bantuan kewangan segera menjelang hari raya ini, Doctor Ringgit
mungkin dapat membantu.