Zaman sekarang yang makin mencabar ini terlalu banyak
menuntut perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan. Di sini kami kongsi beberapa
amalan yang boleh dilakukan untuk menabung untuk hari hujan di masa hadapan.
Mungkin bunyinya terlalu mudah dan terlalu rendah, namun
berapa ramai antara kita yang ada RM30 pada hari sebelum gaji masuk? Rasanya
lebih ramai yang tiada daripada yang ada. Simpan hanya RM1 sehari dan anda akan
ada RM365 dalam setahun. Dalam lima tahun, jumlah simpanan boleh mencecah
RM1,825 – cukup untuk ganti mesin basuh baju atau peti sejuk yang biasanya akan
rosak dalam tempoh masa yang sama. Jangan pandang enteng pada jumlah simpanan
yang sedikit, kerana ia mampu membantu di kala bajet bulanan sedang sesak.
Buka dompet dan keluarkan semua nota RM5 yang anda ada, dan
simpan dalam tabung. Apabila anda membuat bayaran dengan nota besar dan
menerima baki, sila masukkan setiap RM5 yang anda terima ke dalam tabung. Jika
anda berbuat begini hanya 2 kali seminggu, anda dapat menyimpan RM520 setahun.
Jumlah simpanan selama lima tahun = RM2,600.
Kini anda tahu berapa yang mampu anda simpan sebulan (dan
mungkin lebih banyak lagi daripada amaun di atas), tuliskan ia dengan besar dan
jelas dan paparkan pada tabung anda atau tempat anda simpan duit tabungan. Cara
ini dapat membuatkan anda lebih teruja untuk menabung setiap kali terpandangkan
ia. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengingatkan anda kepada matlamat anda. Mahu
main psikologi ke atas minda anda sendiri? Tambahkan perkata “Jer” pada amaun
anda, contohnya “RM520 jer”. Ia akan mengingatkan anda bahawa amaun ini tidak
mustahil untuk dicapai dan anda patut boleh melakukannya.
Sebelum berbelanja, misalnya ke pasaraya untuk membeli
barang makanan, rancang perbelanjaan anda dan bawa wang cukup-cukup hanya untuk
membeli barang keperluan – dan mungkin sediakan sedikit untuk isi minyak kereta
atau moto dan bayaran parkir (elakkan tol jalanraya sebanyak mungkin).
Tinggalkan kad kredit serta kad ATM bank di rumah agar anda dapat mengelak
daripada terlebih membeli barang yang tidak perlu dan juga tidak dapat
mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
Ini hanya sedikit tip-tip untuk menabung cara mudah secara
kecil-kecilan, namun anda dapat merasai bagaimana ia dapat membantu ketika
waktu kecemasan. Pun begitu, kadang-kala jumlah tabungan anda mungkin tidak
mencukupi atau belum mencukupi untuk sesuatu bayaran yang penting dan perlu
dilunaskan segera. Ialah, menabung secara kecil-kecilan mengambil masa yang
lama. Jangan susahkan orang lain, terutamanya ahli keluarga anda. Anda masih boleh
membuat pinjaman runcit daripada pemberi pinjaman berlesen seperti Doctor
Ringgit bagi membantu masalah anda. Setelah anda membayar balik jumlah pinjaman
dalam tempoh secepat tiga minggu, anda bolehlah menyambung amalan menabung
sehingga matlamat anda tercapai.