Ada perbelanjaan mengejut atau perlukan tambahan dana untuk cukupkan harga pembelian sesuatu yang penting, contohnya seperti bayaran pendahuluan untuk sewa rumah, beli kereta, daftar pendidikan di institusi pendidikan tinggi dan sebagainya?
Sebelum anda membuat aplikasi untuk meminjam daripada mana-mana badan peminjam wang, ketahui dan pilih dengan baik cara pinjaman yang paling sesuai buat anda berdasarkan kemampuan anda serta tempoh masa pinjaman.
Sebelum anda memohon pinjaman bank atau kad kredit, fikirkan dahulu jika anda benar-benar perlu membuat pinjaman wang. Pada waktu sekarang di mana keadaan ekonomi tidak menentu, segala bil-bil dan perbelanjaan harian semakin meningkat, malahan syarikat-syarikat korporat yang besar-besar pun banyak yang tidak stabil, lebih ramai orang memilih untuk mengurangkan berhutang dan membuat bayaran balik hingga langsai hutang berbanding membuat lebih banyak pinjaman.
Soalan-soalan Yang
Perlu Ditanya Sebelum Anda Meminjam Wang
- Perlukah anda belanjakan wang untuk mendapatkan apa yang anda perlu?
- Adakah anda punyai cara lain untuk membuat bayaran?
- Adakah anda mampu bayar balik jumlah wang yang dipinjam?
Perlukah anda
mengeluarkan wang untuk benda yang anda mahu?
Kadang-kala kita rasa bahawa kita terpaksa juga berbelanja
untuk mendapatkan sesuatu keperluan. Namun, jika anda fikirkan, mungkin anda
boleh menangguhkan dahulu pembelian sehingga anda betul-betul mampu membayar
harganya.
Jika anda perlukan barang tersebut secepat mungkin, cuba
anda fikirkan jika ada cara untuk anda dapatkannya secara percuma atau pada
harga yang lebih rendah. Contohnya, anda boleh membeli barang terpakai yang
masih elok, atau bertukar-tukar barangan dengan orang lain. Anda juga boleh
menyertai kumpulan online yang memberi barangan secara percuma sebagai cara
menjaga alam sekitar, contohnya seperti kumpulan Freecycle, yang beroperasi di beberapa lokasi di Malaysia termasuk Kuala Lumpur,
Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.
Cara-cara Lain Untuk
Membuat Pembelian
Jika anda boleh tundakan dahulu pembelian, adalah lebih baik
jika anda kumpulkan dahulu wang yang diperlukan daripada anda menambahkan lagi
hutang dalam hidup anda. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Malahan, dengan menyimpan wang yang diperlukan, anda juga dapat menjimatkan perbelanjaan secara keseluruhan, kerana anda tidak perlu membayar faedah atau kadar bunga dengan cara ini.
Dengan menunggu sebelum membuat pembelian, anda mungkin
dapat membelinya pada harga yang lebih murah di masa hadapan melalui jualan
murah atau kemajuan teknologi yang membuatkan barang elektronik turun harga.
Bayangkan jika anda mahu membeli sesuatu berharga RM500.
Dengan menyimpan RM50 sebulan, anda akan mampu membelinya dalam masa sepuluh
bulan. Namun jika anda menggunakan kad kredit dan membuat pembayaran sebanyak
RM50 sebulan pada kadar faedah lebih kurang 17%, anda akan mengambil masa
selama 11 bulan dengan anggaran jumlah faedah sebanyak RM45. Di sini, anda
telah rugi RM45 berbanding menyimpan wang yang diperlukan.
Anda Masih Perlu
Meminjam?
Jika anda pasti yang anda memang perlu membuat pinjaman wang
dan anda mampu membayarnya kembali, ada
beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.
- Jumlah yang mampu anda bayar: Pastikan jumlah yang mampu anda bayar setiap bulan – ia penting dalam menentukan cara pinjaman terbaik buat anda. Anda perlu pertimbangkan sekali beberapa perkara lain, contohnya harga barangan harian dan minyak petrol yang tidak menentu, serta kemungkinan anda kehilangan pekerjaan di masa hadapan.
- Memilih jenis pinjaman yang terbaik: Apabila membuat pinjaman, pertimbangkan beberapa perkara termasuk kadar faedah, jumlah bayaran keseluruhan, sebarang denda jika bayar lewat dan kosnya setiap bulan.
- Anda juga patut pertimbangkan tempoh masa yang diperlukan untuk melangsaikan pinjaman. Lebih lama tempoh pinjaman, lebih tinggi jumlah faedah yang dibayar. Anda juga mungkin rasa resah gelisah kerana asyik memikirkan bebanan hutang. Satu pilihan seperti Doctor Ringgit sesuai untuk pinjaman kecil jangka pendek yang tidak melebihi RM2000 kerana anda boleh segera langsaikan hutang anda.