Di Malaysia, kebanyakan
universiti-universiti masih menerima subsidi daripada kerajaan jadi kos yuran
masih stabil dan antara yang terendah di rantau ini. Namun, tidak mudah untuk
mendapat tempat di universiti awam memandangkan terlalu ramai lepasan SPM
dengan kelayakan yang diperlukan akan memohon tempat setiap tahun.
Bagi yang tidak mendapat tempat di
universiti awam, mereka boleh memohon untuk melanjutkan pengajian di universiti
atau pusat pengajian swasta namun yuran pengajian di institusi sebegini pula
makin melonjak sejak kebelakangan ini. Kadar yuran makin dinaikkan saban tahun,
malah ada yang meningkat melebihi kadar inflasi. Kuasa membeli makin kurang
sementara harga barangan pula semakin meningkat bersama kos sara hidup.
Kadar yuran di universiti awam tempatan dianggarkan antara RM2000 ke RM8000 setahun (selain daripada Universiti Teknologi MARA), sementara di universiti swasta pula jumlah ini mungkin dua hingga lima kali ganda.
Dapat dilihat di sini bahawa yuran
pengajian tinggi sesungguhnya merupakan kos yang amat membebankan, lebih-lebih
lagi apabila diambil kira sekali kos makan dan sara hidup pelajar, serta kos
untuk bahan-bahan pembelajaran termasuk buku-buku teks, alatan pembelajaran dan
kos bahan-bahan kerja kursus untuk setiap satu mata pelajaran.
Tentu sekali! Kajian daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa seseorang pemegang ijazah atau sijil
pengajian tinggi mampu memperoleh pendapatan dua kali ganda berbanding mereka
yang hanya mempunyai sijil pengajian sekolah menengah.
Ini menunjukkan bahawa masa depan
seseorang itu lebih terjamin dengan adanya pendidikan serta ijazah daripada
institusi atau universiti pengajian tinggi.
Bagaimana Dapat Saya Bayar Yuran Pengajian Yang Mahal?
Terdapat beberapa cara bagi
mendapatkan dana untuk membayar yuran pengajian institusi pengajian tinggi.
Berikut disenaraikan beberapa contoh:-
- Memohon biasiswa: Anda atau anak anda boleh memohon
biasiswa daripada organisasi-organisasi atau yayasan-yayasan tertentu, namun
persaingannya amat sengit dan pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria dan
syarat semasa memohon, dan mungkin juga selepas tamat pengajian.
-
Memohon pinjaman PTPTN: Biasanya pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah boleh membuat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, namun akan terikat dengan terma pinjaman yang agak lama. Tempoh menunggu kelulusan permohonan juga mungkin mengambil masa dan anda perlu mendahulukan wang anda untuk membayar yuran sebelum pinjaman dikreditkan kepada akaun anda.
Memohon pinjaman PTPTN: Biasanya pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah boleh membuat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, namun akan terikat dengan terma pinjaman yang agak lama. Tempoh menunggu kelulusan permohonan juga mungkin mengambil masa dan anda perlu mendahulukan wang anda untuk membayar yuran sebelum pinjaman dikreditkan kepada akaun anda.
- Memohon pinjaman swasta: Anda boleh membuat pinjaman
daripada sumber swasta seperti bank atau Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB).
Pertimbangkan yang mana satu lebih sesuai untuk anda dengan melihat kelayakan
membuat pinjaman, tempoh masa pinjaman, kadar bayaran balik serta kadar
kelulusan permohonan. Jika anda cukup semua syarat, pilihan ini mungkin yang
paling mudah dan pantas buat anda. Anda juga boleh mempertimbangkan pilihan ini
sementara menunggu keputusan permohonan PTPTN atau biasiswa. Prosesnya ringkas dan mudah dan permohonan anda boleh diluluskan dalam tempoh 24 jam.